CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, 13 December 2011

Bila hati tak mampu menterjemah

bila hati tak mampu menterjemah
aku menjadi sesak
bila hati berkata dia tidak keruan
jiwaku seakan resah

ingin aku luahkan ia menjadi bait-bait kata
namun tidak mampu akal ku memahaminya

hanya sekadar rasa yang memilukan
hanya sekadar rasa yang tidak mengerti...
apa yang aku rasakan
apa yang aku fikirkan
apa yang aku mahukan

ingin ku luahkan
menjadi sebuah ceritera
menjadi bait-bait kata
ingin ku kongsikan bersama kau
tetapi...tidak pula aku tahu apa yang ingin aku luahkan

Tuesday, 1 November 2011

Senyum......say cheese ahakz!!

Helo helo helo.....haaa disebabkan rajin sesangat aku ni mengupdatekan hahaha( sesuka hati kau je ek menggabungkan perkataan melayu dengan english! apa nak jadilah...) pagi ni aku post dua entri satu yang tu lagu oldschool yang ni lagu zaman sekarang....untuk orang-orang yang tak suka sangat nak senyum tu...lagu ni sesuai lah sangat untuk kau orang.....haisy....cuba-cubalah...bawa tersenyum...kan makin hensem dan makin jelita wajah-wajah anda...hahaha ok2...membebel panjang-panjang pun tak guna...kita layan lagu ni....oppsss sorry ea...hmmm cari punya cari...tak jumpa...hampa hatiku.... :( hmm jumpa yang video ni je..layan je lah ea.... ;)




 

maaf....tak dapat nak cari video senyum tak perlu kata apa-apa...najwa ft malique..kalau kau orang teringin sangat carilah sendiri ea.... peace no war! senyum cikit.....hahaha bye-bye...salam manis dari ku.

selamat pagi semua....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....(baca dengar nada riang gembira sambil tersenyum maut)

 Hai apa khabar semua?sihat?macam mana hari anda pagi ni? ceriakah? sedihkah? marahkah? geramkah? hahaha oklah...pagi-pagi yang ceria lagi indah ni..aku tak nak lah kau orang semua sedih-sedih...marah-marah...jom kita semua bergumbira sahaja lah! ok? disebabkan pagi ni ceria je cuacanya....aku dengan gembiranya nak ajak kau orang dengar lagu ni.....lupakan sahaja perasaan marah dan sedih tu ye...tak guna nak bad-bad mood ni....naikkan tekanan darah tinggi adalah...kan rugi tu...kan3? so....jom layan lagu ni.tapi....hehehe old school lah lagu ni....harap kau orang tak kisah lah ea....jom-jom... ;)

 


Amacam best tak lagu ni??? kalau tak best pun tak apa...aku tak ambil hati pun...hahahaha selamat menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini dengan menggunakan panduan-panduan yang telah diberikan kepada kita.
Anda buat anda dapat!...;)

The 11th Hour

Salam senyuman petang buat semua...
Apa lagi aku nak post hari ni? ingat tak entri aku yang baru je beberapa jam tadi aku post? pasal buku novel aku aku promote tu lah...ingat kan? dan..aku ada cakap "CONTENGAN JALANAN" adalah novel yang beri impak kepada aku kan? dan dalam novel tu selalu mention "the man who decided to change on 12th hour dies on the 11th" - The 11th hour

Dan ayat tu memang memberi kesan kepada aku dan takdir telah menemukan aku dengan video ni masa aku tengah tekan tah apa-apa entah dekat laman youtube.jom tengok..maaf kalau membosankan...tapi novel contengan jalanan tu memang tak membosankan.



hahaha nampak sangat aku fanatik sangat dengan novel ni.hehehe

ok lah semua yang sudi membaca blog aku ni...sudi-sudilah melawat ye...24jam seminggu 7 hari aku buat open house dekat blog ni...nak komen aku tak best, mengarut tah apa-apa entah pun boleh....aku benarkan sahaja..tapi jangan lah kutuk lebih-lebih...aku pun ada hati dan perasaan.Biar secukup rasa ea...ada manis ada masam ada pedas ada masin....baru sedap kan3?

Akhir susun menyusun abjek menjadi kata-kata ehhhh?? faham ke? redah je lah ea..
salam...c u next ahakz! ;)

Monday, 31 October 2011

Sesi promote buku....

Assalamualaikum
Selamat petang semua..mesti kau orang dah makan tengahhari kan? amacam? sedap tak makan tengahhari hari ni? hahaha dapat yang makan dekat rumah tu mesti best sebab mak masak hehe

Tajuk petang ni "Sesi promote buku"? haha apa kau nak jual buku ke? sejak bila pula kau keje jadi promoter buku ni cik adik oi? haha eh! bukan-bukan....aku bukannya sales girl jual buku tu...

Sebenarnya bulan lepas aku ada beli buku..ni first time aku beli buku tau hehehe first time beli buku novel lah! buku yang ilmiah tu selalu aku beli..dah tertimbun kalau aku kumpulkan...

Aku suka keluaran buku-buku dari terbitan syarikat JEMARI SENI. Sebab apa? sebab banyak-banyak novel yang aku baca dari umur aku 12 tahun buku-buku terbitan daripada syarikat ni memang best- penulis-penulis dia yang memang....entah tak tahu aku nak cakap tapi hasil karya dia orang memang lain dari lain. Kisah cinta tapi bukan sekadar cinta yang meleret-leret yang selalu kita baca yang kadang-kadang hanya buat kita membuai rasa dan lepas tu tak ada "something" yang kita dapat dari hasil pembacaan kita. Membebel banyak pun tak guna...ni aku tunjuk buku yang aku beli....jom jom..turun bawah..



lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
 apa yang dia tak mampu!

 Hidup tak selalunya lawa
 Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun.duri-durinya tetap ada
 Kadang-kadang..bilamana 'malapetaka' tu datang,
 terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo 
 Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas


                                                     Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
 tentang Trisy dan Jade...

 tentang bukit yang sayup di depan
 tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
 tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

 dan mereka terus bercerita....
 sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

  mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

 ini cerita sebuah bicara
 bicara bumbung namanya...







contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan


Pendapat peribadi aku 2 novel ni ada sesuatu yang kalau kau orang hayati dan fahami, yang betul-betul bagi kesan dekat aku "CONTENGAN JALANAN"


ok lah....aku dah habis tulis...c u next..ahakz!
salam sayang....






Sunday, 30 October 2011

morning.......senyum sikit!

Assalammualaikum semua..dan selamat sejahtera murid-murid..
Hahaha oopppsss terlebih sudah...haha macam zaman sekolah dulu-dulu pula ye..

Kenapa aku ceria semacam je hari ni kawan-kawan? 
entah..aku pun tak tahu sebab apa mungkin sebab bos tak datang lagi kot.hehehe hari ni aku datang lewat seminit je...hari-hari setiap pagi rutin yang sama....
Naik Komuter sampai shah alam lepas tu naik teksi sampai depan 
kaki lima pejabat hahaha kayo tak den?? lamo-lamo kayap bak kata orang zaman dahulu kala...
Sampai je pejabat tunggu bos panggil...tu pun kalau ada kerja, kalau tak ada buat-buatlah baca majalah yang berlambak dekat ruang menunggu tu...semua majalah orang-orang kaya. Sebab apa aku kata majalah orang kaya? sebab semuanya tentang "money" "jutawan" hahahha iklan-iklan dalam tu pun....barang-barang yang harga beribu,berbelas ribu,berpuluh ribu dan berjuta beb wa cakap lu.....

Tapi apa pun...aku bangga dengan bos aku ni...anak melayu yang berjaya dalam bidang keusahawanan, yang sedar akan betapa mundurnya anak-anak melayu zaman sekarang. Bos aku ni buka agensi sendiri dalam bidang perancangan kewangan seperti pelaburan unit amanah, perancangan harta pusaka dan juga takaful...kalau kau orang nak tau dekat agensi bos aku menawarkan semuanya produk-produk yang islamik sahaja...

 Hmmm...oppss kau orang jangan salah faham ea..aku ni hanyalah pelajar praktikal dekat sini tak ada kerja macam dekat pejabat-pejabat biasa tu..sebab tu aku tunggu bos bagi kerja sahaja...kerja-kerja buat jualan ni aku memang tak berminat dan tidak berbakat sama sekali hahaha sebab aku dah pernah buat sebab tu aku kata begitu..dan sekarang aku telah naik pangkat sedikit jadi pembantu bos hehehe bukan semua orang boleh lakukan tapi kalau anda nekad melakukan anda pasti boleh hahaha...

Bos aku ni memang orangnya hanya mahu pemikiran konsultan-konsultannya berfikiran positif sahaja untuk mencapai kejayaan. Bagus tak bos aku ni? tapi tidak semua manusia sempurna sifatnya kan? pasti aku sedikit kekurangan.

Oklah....panjang pula aku menaip ni...baiklah sampai sini sahajalah bicara manis kita...
salam...akhir kata kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman :)

Friday, 28 October 2011

Khas Buat Seorang Teman

Khas buat seorang teman yang pernah hadir menyerikan hidup aku... andai takdir menyatakan ada jodoh dan pertemuan buat kita kali ke 2 saya akan pastikan apa yang terjadi dalam persahabatan kita tak kan berulang lagi ,tak ada hati yang di sakiti dan tak ada  perasaan yang menjerut jiwa. Tak ada hadiah yang dapat saya berikan...saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat awak yang berada jauh disana. Semoga awak hidup bahagia....

Saya tak pandai menyanyi...sebab Saya tidak dilahirkan sebagai penyanyi so, saya biarkan sahaja imran ajmain yang menyampaikan lagu ni..buat awak.


khas buatmu ikhlas dari hati.
sElAMat HaRI lAhIR
maafkan segalanya kerana ini yang terbaik.

Tuesday, 18 October 2011

Bila hati tak terkata!

Petang tadi...setibanya mak aku di rumah sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dia, dia buka cerita dan suruh aku buka youtube tengok budak kecil kena langgar di negara China beria-ai mak aku cerita tapi...reaksi aku? " habis tu kenapa?" aku cakap dngan mak aku...then mak aku suruh juga buka sebab dia nak tengok dan suruh aku tengok, jawap aku lagi"malam nanti lah" endah tak endah je aku jawap.Kebetulan dalam "BULETIN UTAMA TV3" malam ni... berita pasal budak tu..beria2 mak aku panggil tengok tapi aku tak tengok juga...akhirnya mak aku suruh aku buka youtube tengok jugak! KAu orang semua tengok lah.....dan mesti kau orang rasa apa yang aku rasa juga...

 

Budak tu first aku tengok pendek macam anak buah perempuan aku yang berumur 2 tahun ( ada gambar dia dlm post- bersiar-siar aku dekat atas tu ) Kesiannya...sedihnya tengok...sampai hati dia orang yang ada dekat situ buat2 budak tu macam halimunan je? macam tak ada yang berlaku? buta ke dia orang tu? bodoh ke dia orang tu? hey! dia dalam kesakitan tau tak???  tak ada somebody pun yang dok lalu lalang dari mula budak tu kena langgar nak angkat ke...nak call ambulance ke..apa ke...hey! kalau tu anak kau orang apa kau orang rasa? perutnya di gilis...kakinya di gilis??? sanggup ke nak tengok macam tu je??? sure lah kan masa tu mestilah dia nangis..kenapa dah pekak tuli ke tak dengar?


Apa-apa pun sebenarnya dan sesungguhnya! dunia dah menyaksikan pelbagai kezaliman,ketidak perikemanusiaan dan apa-apa lagilah...ok lah semua yang baca blog aku ni.Ni sahaja yang nak aku kongsi.sorry lah sebab emo pulak tulisan kali ni.

Sunday, 16 October 2011

Bersiar-siar...

Cak! hahaha tajuk hari..bersiar-siar..
Ke mana? ke pekan port klang atau dahulunya nama klasiknya,PORT SWEETHENHAM.lokasi tertumpu di Jeti Pelabuhan Klang... 
Sebenarnya aku bersiar-siar semalam dengan keluarga...cadangnya nak tebus Hot Ticket yang dapat kfc tu..then disebabkan nak pergi petang so, aku pun ajak lah "tukang drive" makan kfc dekat tepi Jeti Pelabuhan Klang. Sebenarnya tak biasa makan dekat sini selalu makan kfc yang lagi satu dekat tengah-tengah pekan...hahaha tujuan pilih yang ni sebab nak tengok matahari terbenam, orang putih kata "sunset" mak aku nak sangat tengok matahari terbenam dari hari tu tapi tak dapat sebab Abah aku balik kerja je matahari dah say "Bye-bye..." hehehe tapi petang tu mataharinya seakan-akan malu lah pula nak muncul...jom tengok gambar-gambar yang dah di snap.....say cheese...


ni lah penulis blog cari aku di sini...comel tak???hahaha apa-apa pun yang si cilik tu lagi comel kan?

 Yang ni gambar pangkalan jeti...huhu




Yang ni sape pulak??? a ha! ni lah mak saya...kali ni tak tau kenapa mak saya posing bukan main mengalahkan saya lah pula keterujaan hati...





 Ni abang saya a.k.a tukang drive....





 Ni saya...tak tau kenapa suka posing menongkat dagu hehehe suka hati saya lah kan?




 hahahaha kou orang mesti tanya dekat part mana lah aku bergambar ni...ce tengok pemandangan belakang tu...macam tempat pembuangan sampah pun ada..ha ni nak jelaskan ni...tu kira macam benteng dia lah ea...sebenarnya jeti ni baru lepas di constrac so,begini lah rupanya...iskh2...architect mana lah punya keje ni..xtau ke nak cantik kan balik???





tengok je lah malas nak membebel
















Ni....gambar-gambar ahli rombongan bersiar-siar di petang sabtu...dua orang budak kecil tu anak-anak buah aku...si abang tu tak nak bergambar sebenarnya..sebab tu buat muka entah apa-apa..hehehe




Aku ni memang selalu keluar dengan family...lebih suka meluangkan masa dengan family..yelah,masa aku tengah praktikal ni lah time yang sangat-sangat berharga buat aku melepaskan rindu setelah setahun setengah berjauhan dan akan berjauhan lagi untuk setahun.huhu

Tapi aku tak kata tak suka keluar dengan kawan-kawan..(hahaha baca kawan-kawan aku habis tak nak ajak aku keluar lagi hehehe sorry ea....) tapi dah selalu sangat masa di habiskan bersama-sama 24 jam dekat poli kan kawan--kawan..entah-entah muka aku ni pun kau orang dah muak nak termuntah-muntah tengok..(tak ada muka lain ke? hahaha main-main jelah...aku tau kau orang suka lihat muka aku ni kan terutama cik nab dan cik yasri tersayang...

eh! o lah bateri cik acer kesayangan dah nak mati...hahaha pemalas betul aku nak bagi cik acer makan arus elektrik.eh! ok dah kritikal sangat2 ni bye...c unx ahakz!


Friday, 14 October 2011

Sebuah Kehidupan...

 




Alhamdulillah cuaca petang ni agak panas tapi berangin. Waktu petang macam ni tiba-tiba pula idea datang mencurah-curah.Mesti kau orang dah dengar lagu dekat atas ni kan?? lagu nyanyian opick yang bertajuk BILA WAKTU TELAH TERHENTI.
Bagi aku lah lagu ni adalah peringatan untuk kita sesama islam dan insan. Bercerita tentang kehidupan tajuk entry aku petang ni...apa yang aku nak bercerita tentang kehidupan??? haa aku nak habaq mai lah ni..aku nak membebel pasal kehidupan pertama dan kedua, jangan salah faham pula ea...memanglah kita hidup sekali je dekat dunia ni..tapi jangan lupa! kita semua ada lagi satu kehidupan yang bagi aku adalah penentuan buat hidup kita yang sebenar iaitu kehidupan yang ABADI di akhirat nanti.
Semua agama menuntut penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tak ada satu pun agama yang suruh merompak,bunuh diri dan perkara-perkara lain yang tak baik.

Semua orang mesti tahu kehidupan kita di dunia ni sementara sahaja, yang kekal abadi di akhirat sana yang sedang menanti kita.hmm kita yang menanti atau dia yang menanti?? fikirlah sendiri.Kita pun tak tahu bila jangka hayat atau tarikh luput jasad kita di dunia ni kan? Pernah tak kau orang terfikir dan bertanya pada diri kau orang sendiri.

"cukup ke amal ibadat aku untuk bekalan akhirat nanti?" 
"aku dah laksanakan ke semua tanggungjawab aku dekat dunia ni dengan baik?"
"aku dah buat ke semua perintah penciptaku?"
"adakah aku hambamu yang cukup beriman ya Allah?" 
"adakah aku telah melakukan semua yang diajarkan oleh Rasullullah?"
"adakah layak aku menjadi penghunimu di syurga terindahmu ya Allah?"

Ini hanyalah sesi muhasabah diri...sama-sama kita renungkan ya.Buat kaum ku..kaum hawa yang dirahmati Allah satu pesan ku, jagalah dirimu sebaik mungkin.Taatlah pada perintahNYA, jangan engkau pernah sekali pun membantah. Tutup lah aurat mu sebaik mungkin kerana engkau adalah permata yang indah kau ibarat hadiah yang perlu dibalut kemas,rapi dan cantik dan hanya insan yang telah diutuskan sebagai pemilikmu sahaja yang layak melihat dan membuka balutan hadiah tu untuk melihat keindahan permata yang terindah di dunia dan akhirat nanti.Pemilik mu itulah suami mu yang mencari-cari selama ini tulang rusuknya yang hilang. Jadilah engkau wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh. Jagalah dirimu jangan pernah sekali pun membiarkan lelaki ajnabi menyentuh tangan mulus mu,menyentuh diri mu yang indah, biarlah suami mu yang telah diutuskan buatmu menjadi lelaki pertama yang menyentuh tangan mulusmu, melihat keindahan mu.

Buat kaum adam baca lah apa yang terhampar di bawah ini...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Apa yang aku post pada petang ni bukan lah nak mendabik dada mengatakan aku sempurna imannya,aku juga masih mencari dan masih belajar mengjadi hambanya yang terbaik.Tetapi andai Nabi Muhammad a.s melihat umatnya zaman sekarang pasti dia menitiskan air mata kesedihan melihat umatnya yang tersasar,terpesong dan jauh dari perintah agama islam.Aku pernah hampir menangis bila terbaca 1 page yg bercerita tentang betapa risaunya dan betapa sayangnya baginda kepada kita sehingga saat dia ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir pun masih mengingati kita umat-umat nya yang akan datang. Betapa tidak sanggupnya dia membiarkan umatnya merasai kesakitan ketika  berhadapan dengan sakaratul maut,sedangkan baginda kekasih Allah juga merasai kesakitan akan pula kita yang banyak berdosa?? fikir-fikirkan lah....aku sayangkan kau orang semua saudara seislam sebab tu aku saling ingat mengingati...semuanya ikhlas dari hati.
sekian sahaja buat hari ini ye....akhir kata..senyum selalu...i love u..c u nx.ahakz!





Thursday, 13 October 2011

Cuaca semalam dan hari ini

Sejak beberapa hari ni cuaca dekat pelabuhan klang panas terik je...sampai aku diserang selesema dan sakit tekak lantas menyebabkan aku batuk hahaha rimas sebenarnya bila adik beradik 3 penyakit ni menyerang...nak tidur pun rasa susah sangat sejak diseranag ni...rasa panas je...pusing sana pusing sini tetap tak boleh tidur...selalunya kalau aku tak boleh tidur maknanya aku tak baca doa tidur lagi...lepas baca baru aku lena dalam dakapan malam...tapi kali ni semua tu tak jalan juga..akhirnya aku mengambil alternatif dengar lagu jiwang...nak tahu hasilnya??? hasilnya...bila subuh je aku terjaga! tak perasan bila aku terlelap...mengada-adalah otak aku ni kan?
Dan kadang-kadang kita tak boleh tidur sebab otak kita ligat memikir sesuatu, selalunya perkara-perkara yang merunsingkan hati dan perasaan kita.Bila tidur malam kita tak lena esok pagi kita bangun mesti dan pastilah! memang pasti mood kita kurang baik dan tak ceria..hmmm betul tak??
 Sebenarnya tidur yang secukupnya sangatlah penting untuk kesihatan..kurang pun tak boleh lebih pun tak boleh..tapi kan selalunya kalau time final exam tu ni cerita pasal aku lah ea.Lepas habis jawab soalan je..dalam otak mesti nak balik cepat-cepat,nak tidur puas-puas kadang-kadang makan pun tak hirau dah, sebab mengantuk sangat.Sebenarnya aku ni kuat tidur juga tapi bila time bosan tak tau buat apa dan bila time dengar orang bercakap benda yang bosan... mulalah mata sepet aku ni mula menyepet hahaha perkataan apa aku bantai ni? menyepet?ada ke perkataan tu??hehehee nanti kita cari dalam kamus dewan ea...oklah ni je yang mampu aku bercerita hari ni...c u nx! ahakz

Mula menyusun kata-kata

Hari ni aku mula tergerak hati untuk memulakan sesi ketuk mengetuk jari jemari di atas papan kekunci acer kesayangan hahaha...mesti korang ingat sesi ketuk2 ramadhan en??? ketuk mengetuk di dapur dah selesai awal pagi tadi...tak ada apa sebenarnya yang nak ditaip...sengaja aku menyusun ayat di lampiran maya ni diatas sebab kawan aku yang bernama cik nab(nama manja) yang asyik suruh aku post something dekat blog aku ni..