Assalammualaikum semua..dan selamat sejahtera murid-murid..
Hahaha oopppsss terlebih sudah...haha macam zaman sekolah dulu-dulu pula ye..
Kenapa aku ceria semacam je hari ni kawan-kawan?
entah..aku pun tak tahu sebab apa mungkin sebab bos tak datang lagi kot.hehehe hari ni aku datang lewat seminit je...hari-hari setiap pagi rutin yang sama....
Naik Komuter sampai shah alam lepas tu naik teksi sampai depan
kaki lima pejabat hahaha kayo tak den?? lamo-lamo kayap bak kata orang zaman dahulu kala...
Sampai je pejabat tunggu bos panggil...tu pun kalau ada kerja, kalau tak ada buat-buatlah baca majalah yang berlambak dekat ruang menunggu tu...semua majalah orang-orang kaya. Sebab apa aku kata majalah orang kaya? sebab semuanya tentang "money" "jutawan" hahahha iklan-iklan dalam tu pun....barang-barang yang harga beribu,berbelas ribu,berpuluh ribu dan berjuta beb wa cakap lu.....
Tapi apa pun...aku bangga dengan bos aku ni...anak melayu yang berjaya dalam bidang keusahawanan, yang sedar akan betapa mundurnya anak-anak melayu zaman sekarang. Bos aku ni buka agensi sendiri dalam bidang perancangan kewangan seperti pelaburan unit amanah, perancangan harta pusaka dan juga takaful...kalau kau orang nak tau dekat agensi bos aku menawarkan semuanya produk-produk yang islamik sahaja...
Hmmm...oppss kau orang jangan salah faham ea..aku ni hanyalah pelajar praktikal dekat sini tak ada kerja macam dekat pejabat-pejabat biasa tu..sebab tu aku tunggu bos bagi kerja sahaja...kerja-kerja buat jualan ni aku memang tak berminat dan tidak berbakat sama sekali hahaha sebab aku dah pernah buat sebab tu aku kata begitu..dan sekarang aku telah naik pangkat sedikit jadi pembantu bos hehehe bukan semua orang boleh lakukan tapi kalau anda nekad melakukan anda pasti boleh hahaha...
Bos aku ni memang orangnya hanya mahu pemikiran konsultan-konsultannya berfikiran positif sahaja untuk mencapai kejayaan. Bagus tak bos aku ni? tapi tidak semua manusia sempurna sifatnya kan? pasti aku sedikit kekurangan.
Oklah....panjang pula aku menaip ni...baiklah sampai sini sahajalah bicara manis kita...
salam...akhir kata kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman :)
0 comments:
Post a Comment