CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, 14 October 2011

Sebuah Kehidupan...

 




Alhamdulillah cuaca petang ni agak panas tapi berangin. Waktu petang macam ni tiba-tiba pula idea datang mencurah-curah.Mesti kau orang dah dengar lagu dekat atas ni kan?? lagu nyanyian opick yang bertajuk BILA WAKTU TELAH TERHENTI.
Bagi aku lah lagu ni adalah peringatan untuk kita sesama islam dan insan. Bercerita tentang kehidupan tajuk entry aku petang ni...apa yang aku nak bercerita tentang kehidupan??? haa aku nak habaq mai lah ni..aku nak membebel pasal kehidupan pertama dan kedua, jangan salah faham pula ea...memanglah kita hidup sekali je dekat dunia ni..tapi jangan lupa! kita semua ada lagi satu kehidupan yang bagi aku adalah penentuan buat hidup kita yang sebenar iaitu kehidupan yang ABADI di akhirat nanti.
Semua agama menuntut penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tak ada satu pun agama yang suruh merompak,bunuh diri dan perkara-perkara lain yang tak baik.

Semua orang mesti tahu kehidupan kita di dunia ni sementara sahaja, yang kekal abadi di akhirat sana yang sedang menanti kita.hmm kita yang menanti atau dia yang menanti?? fikirlah sendiri.Kita pun tak tahu bila jangka hayat atau tarikh luput jasad kita di dunia ni kan? Pernah tak kau orang terfikir dan bertanya pada diri kau orang sendiri.

"cukup ke amal ibadat aku untuk bekalan akhirat nanti?" 
"aku dah laksanakan ke semua tanggungjawab aku dekat dunia ni dengan baik?"
"aku dah buat ke semua perintah penciptaku?"
"adakah aku hambamu yang cukup beriman ya Allah?" 
"adakah aku telah melakukan semua yang diajarkan oleh Rasullullah?"
"adakah layak aku menjadi penghunimu di syurga terindahmu ya Allah?"

Ini hanyalah sesi muhasabah diri...sama-sama kita renungkan ya.Buat kaum ku..kaum hawa yang dirahmati Allah satu pesan ku, jagalah dirimu sebaik mungkin.Taatlah pada perintahNYA, jangan engkau pernah sekali pun membantah. Tutup lah aurat mu sebaik mungkin kerana engkau adalah permata yang indah kau ibarat hadiah yang perlu dibalut kemas,rapi dan cantik dan hanya insan yang telah diutuskan sebagai pemilikmu sahaja yang layak melihat dan membuka balutan hadiah tu untuk melihat keindahan permata yang terindah di dunia dan akhirat nanti.Pemilik mu itulah suami mu yang mencari-cari selama ini tulang rusuknya yang hilang. Jadilah engkau wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh. Jagalah dirimu jangan pernah sekali pun membiarkan lelaki ajnabi menyentuh tangan mulus mu,menyentuh diri mu yang indah, biarlah suami mu yang telah diutuskan buatmu menjadi lelaki pertama yang menyentuh tangan mulusmu, melihat keindahan mu.

Buat kaum adam baca lah apa yang terhampar di bawah ini...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Apa yang aku post pada petang ni bukan lah nak mendabik dada mengatakan aku sempurna imannya,aku juga masih mencari dan masih belajar mengjadi hambanya yang terbaik.Tetapi andai Nabi Muhammad a.s melihat umatnya zaman sekarang pasti dia menitiskan air mata kesedihan melihat umatnya yang tersasar,terpesong dan jauh dari perintah agama islam.Aku pernah hampir menangis bila terbaca 1 page yg bercerita tentang betapa risaunya dan betapa sayangnya baginda kepada kita sehingga saat dia ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir pun masih mengingati kita umat-umat nya yang akan datang. Betapa tidak sanggupnya dia membiarkan umatnya merasai kesakitan ketika  berhadapan dengan sakaratul maut,sedangkan baginda kekasih Allah juga merasai kesakitan akan pula kita yang banyak berdosa?? fikir-fikirkan lah....aku sayangkan kau orang semua saudara seislam sebab tu aku saling ingat mengingati...semuanya ikhlas dari hati.
sekian sahaja buat hari ini ye....akhir kata..senyum selalu...i love u..c u nx.ahakz!





0 comments:

Post a Comment